Laman

Jumat, 07 Juni 2013

Memahami Sifat 20

Memahami Sifat 20
(maaf agak kepanjangan,harap pelan2 aja baca n memahaminya)

Awaludin makrifatullah"awal agama mengenal Allah"

Apakah maksud sifat dua puluh ?

Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, didalam mentafsir kaedah mengenal Allah melalui ilmu makrifat.

Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia' terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal Allah. Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta faham akan maksud dan makna yang tersirat, InsyaAllah ia akan dapat mengenal Allah swt dengan nyata dan terang. Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah pembelajaran yang telah didedahkan melalui kitab, melalui pondok,majelis taklim, melalui sekolah dan tidak kurang pula melalui guru-guru agama.

Semua itu bertujuan bagi mencari jalan, mencari cara dan mencari kaedah untuk mengenal Allah. Diantara banyak-banyak cara dan diantara banyak-banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi mengenal Allah swt adalah dengan mempelajari sifat 20.sebenarnya sifat Allah itu tdk terbatas ,tetapi para ulama Auliyaillah membuat konsep begini agar mudah paham


Allah tidak akan dapat dikenal melalui mata zahir, Dia dapat dikenal melalui mata hati dengan mempelajari sifat-sifatNya.


Ada hadist qursy mengatakan:

"“ AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRAHU ,AL INSANU SIRRI WASIARI SIFATI WASIFATI LA GAIRI”

"Insan itu adalah RahasiaKu dan Akupun RahasiaNya.Insan itu adalah RahasiaKu, RahasiaKu itu adalah SifatKu, SifatKu itu tidak lain dari padaKu."


Sebelum sifat 20 diperjelaskan, kita mengingatkan, Allah sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan. Seandainya Allah bersifat bererti Allah itu boleh diperumpakan. Sedangkan Allah tidak berbilang, tidak bisa diumpakan dan diperumpakan Maha suci Allah dari sifat berbilang-bilang yang menyerupai sifat makhloknya. Allah tidak boleh dipersifatkan.dan Allah tidak boleh dihakikatkan


Allah itu sangat tinggi, sangat jauh, lebih tinggi dan lebih jauh dari kedudukanNya. Hingga tidak sampi akal untuk mengkajiNya. Allah tidak terbilang dan Allah tidak terbatas, sedangkan akal kita amat lemah dan amat terbatas. Allah tidak ada awal, dan tidak ada akhirnya. Tidak mungkin tercapai oleh akal untuk menjangkaunya.


Mana mungkin Allah bersifat, Allah adalah suatu zat yang bukan Ain ( bukan benda ). Allah bukan barang, dan Allah bukan sesuatu. Allah adalah perkara yang tidak boleh disifatkan. Sifat yang disifatkan dan sifat yang dinyatakan itu adalah semata-mata thamsil, semata-mata misalan, semata-mata usul, semata-mata perumpamaan dan semata-mata sekadar contoh bagi mempermudahkan faham kita menganalNya>


APAKAH ASAS SIFAT 20 ?

Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara ;


1). Zat. ( roh )

2). Sifat. ( rupa )

3). Afa'al ( perangai-perbuatan )

4. Asma' ( nama )


APAKAH SIFAT ALLAH YANG 20 ITU ?

1. wUjud = Ada

2. Qidam = awal/dahulu

3. Baqa' = kekal

4. Mukholafatuhu lilhawadis = berbeda dengan makhlukNya

5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri

6. Wahdaniah = esa

7. Qudrat = kuasa

8. Irodat = menghendaki

9. Ilmu = mengetahui

10. Hayat = hidup

11. Sama' = mendengar

12. Basor = melihat

13. Kalam = berkata-kata

14. Qodirun = maha berkuasa

15. Muridun = maha menghendaki

16. Alimun = maha mengetahui

17. Hayyun = maha hidup

18. Sami'un = maha mendengar

19. Basirun = maha melihat

20. Muutakallimun = maha berkata-kata


20 sifat-sifat Allah terbahagi kepada 4 bahagian.

1. Bahagian sifat Nafsiah

2. Bahagian sifat ma'ani

3. Bahagian sifat ma'nawiah

4. Bahagian sifat salbiah


Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat, afa'al dan asma'Nya. Zat Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga merupakan zatNya.


Keujudan zat dengan keujudan sifat Allah itu, adalah esa (satu juga pada hakikatnya). Seumpama sifat ilmu dengan sifat kalam Allah. Apabila sifatnya bersifat mendengar (sama'), bererti zatnya juga, bersifat berpendengaran (sami'un). Apabila Allah bersifat melihat (basor), bererti zatNya bersifat berpenglihatan (basirun). Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya bersifat kekuasaan (kodirun). Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang lain.


Sifat Allah itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup). Apabila kita melihat pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. Bergoyangnya pokok, adalah bagi menandakan bergoyangnya angin. Sifat bergoyang itu sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu sebenarnya adalah sifat angin. Walau bagaimana pun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok itu, adalah satu sifat yang sama. Jika tidak ada angin, tdak bisa pokok bergoyang. Pokok tidak boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh angin. Begitulah juga sifat Allah dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.


Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20. Apabila i dirujuk kepada diri. Barulah kita dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya. Seandainya sifat 20 itu, tidak dirujuk kepada diri, selama itulah kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah. Dalam memahami sifat nafsiah (nafi) iaitu sifat menafikan, meniadakan, atau sifat menolak. Kita dikehendaki meniadakan sifat-sifat yang lain selain Allah. Kita dikehendaki meniadakan kewujudan sifat alam dan sifat diri kita sendiri. Meniadakan sifat diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa). Cara untuk menidakkan sifat diri kita dan untuk mewujudkan sifat Allah itu, adalah dengan cara, menyerah atau membinasakan diri kepada Allah.


Bilamana sifat telinga telah dipulangkan, maka akan disambut dengan sifat pendengaran Allah. Bilamana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat penglihatan Allah. Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu Allah. Selagi sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita, sudah pasti kita tidak akan dapat melihat Allah melalui pandangan dan penglihatanNya.


Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada Allah, akan bertukar menjadi sifat basor Allah, barulah sifat penglihatan basirun Allah itu, boleh melalui sifat mata kita. Bermaknanya disini bahawa, sifat mata yang ada pada kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima penglihatan Allah melaluinya, melainkan sifat mata makhlok telah binasa dan bertukar kepada sifat wajah Allah.


Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan Allah yang maha tinggi. Sifat makhlok tidak layak untuk menanggong sifat Allah, melainkan sifat kita itu ditukar milik, supaya menjadi milik Allah, setelah melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan penyerahan hak milik) kepada Allah. Apabila sudah menjadi milik Allah, barulah mata kita itu, dapat melihat melalui penglihatan Allah. Apabila mata kita itu telah menjadi milik Allah, barulah sifat basirun (penglihatan) Allah itu dapat terpancar melalui mata kita.


Apabila penglihatan Allah sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya sifat mata akan binasa. Mata makhlok akan hangus terbakar, binasa dan lenyap lantaran dipenuhi oleh cahaya Allah. Cahaya penglihatan Allah itu sendiri, yang membinasakan sifat mata kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menanggung sifat Allah. Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat penglihatan Allah.


Selagi mata masih bersifat makhlok atau masih menjadi sebahagian dari anggota diri kita, selagi itulah wajah Allah tidak boleh mengambil tempat. Selagi sifat Allah tidak dapat mengambil tempat, selagi itulah, kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah melaluinya. Inilah konsep nafsiah, iaitu konsep menidakkan sifat makhlok supaya dapat menjadikan semuanya bersifat wajah Allah. Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana' dan leburkan diri kita ke dalam cahaya Allah, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran Allah, jadilah mata kita itu, penglihatan Allah dan sebagainya.


Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan Allah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain, SifatNya MAHA merupakan pakaian dan persalinan Allah. Sifat kita selaku makhlok, tidak layak untuk memakai yang menjadi persalinan Allah. Seandainya kita terpakai persalinan Allah, cepat-cepatlah bertaubat.


Apabila Allah bersifat basor, Allah juga bersifat basirun. Apabila Allah bersifat qudrat, Allah juga bersifat Qodirun dan sebagainya. Oleh yang demikian bagi yang telah sampi kepada makam (tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu, adalah juga yang dilihat, yang disembah itu, adalah DIA yang menyembah dan yang menyembah itu, adalah DIA juga yang disembah. Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam dalam zuk cahaya wajah Allah. Walaupun Allah itu bersifat dengan 20 sifat, namun semua 20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam zatNya. Walaupun sifat Allah itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.


wallu'allam bishowab

Tidak ada komentar:

Posting Komentar